Sukan Tahunan Sekolah

Posted: September 26, 2012 in Sukan

Sukan Sekolah telah diadakan pada 15 Julai 2012 yang lalu. Yang Berhormat Datuk Haji Noor Zahidi b Hj Omar telah sudi hadir dan seterusnya merasmikan Sukan Tahunan kali ke 15 Sekolah Kebangsaan Simpangan. Berbagai acara sukan telah diadakan antaranya acara Olahraga, Sukan dan Permainan dan acara Sukanika.

This slideshow requires JavaScript.

Satu mensyuarat induk telah didakan di Bilik Mesyuarat SK Simpangan bagi merangka dan merancang aktiviti perkhemahan unit badab beruniform peringkat zon yang akan diadakan pada 11, 12 dan 13 Oktober 2012. Seramai 235 pelajar akan terlibat yang mewakili 7 buah sekolah di dalam zon dan seramai 100 orang guru akan terlibat di dalam menjayakan aktiviti perkhemahan ini.

This slideshow requires JavaScript.

Ceramah Anti Dadah

Posted: September 26, 2012 in Unit HEM

Unit Hem telah mengadakan satu sesi ceramah dan penerangan kepada semua murid sekolah sk simpangan. Pegawai Angensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Tumpat Tuan Haji Khairol b Hj Mamat telah dijemput memberi ceramah kepada para pelajar. Antara intipati ceramah beliau ialah kesan-kesan kepada penagih-penagih dadah, risiko pengambilan dadah yang berlebihan, jenis-jenis dadah dan akta-akta keselahan penyalahan penggunaan dadah.

This slideshow requires JavaScript.

Aktiviti Selepas UPSR

Posted: September 26, 2012 in Buletin Semasa

Berbagai perancangan dan aktiviti telah dijalankan oleh guru-guru tahun 6 dan murid-murid bagi mengisi ruang dan masa selepas peperiksaan UPSR. Antara aktiviti yang dirancang ialah Majlis Khatam Alquran, Pertandingan Congkak, Catur, Dam Haji, Permainan sukan antara kelas dan sebagainya. Apa yang diharapkan apa yang rancang ini dapat memberi manafaat kepada guru-guru serta murid-murid tahun 6 sekolah ini.

Bengkel Pembinaan Laman Sesawang

Posted: September 26, 2012 in Buletin Semasa

Satu bengkel dianjurkan oleh PKG Cabang 4. Sesuatu yang baru dan sudah pastinya mencabar. Terima kasih kepa penceramah yang sedia membantu dan berkongsi maklumat.